31,000 Pekebun Kecil Kelapa Sawit Terima Manfaat TSPKS
- nabalunews
- Nov 1
- 2 min read

1 November 2025
KUALA PENYU: Kerajaan sentiasa menitikberatkan dan memperkukuhkan sektor perladangan khususnya menerusi program penanaman semula kelapa sawit bagi meningkatkan hasil dan produktiviti.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, bagi tujuan tersebut, kerajaan telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dengan kadar keuntungan rendah untuk membantu pekebun kecil.
Katanya, semua pekebun kecil kelapa sawit digalakkan untukmenebang pokok sawit tua melebihi 25 tahun dan menanam semula menggunakan benih berkualiti tinggi.

“Pokok kelapa sawit yang telah melebihi 25 tahun, sampai masa untuk buat penanaman semula dan untuk Sabah dan Sarawak, kita ada skim TSPKS untuk satu tabung untuk penanaman semula.
“Untuk skim ini, setiap 1 hektar akan menerima bantuan RM18,000 dan daripada RM18,000 ini kerajaan tanggung separuh dibayar balik setelah 5 tahun dan faedah dia cuma RM2 peratus.
“Sabah merupakan penerima terbesar untuk TSPKS ini, kalau kita lihat angka tahun lalu 41 perstus daripada jumlah RM100 juta yang diperuntukkan ini memang disalurkan ke Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidng media selepas merasmikan program Jelajah Agrikomoditi Madani @ Sabah, mewakili Menteri Perladangan Dan Komiditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Dewan Kampung Bundu Tarah, Kuala Penyu, di sini, pada Sabtu.
Sehingga kini, Sabah mencatatkan keluasan tanaman sawit berjumlah 199,000 hektar dengan penyertaan seramai 31,000 orang pekebun kecil berdaftar di seluruh negeri.
Chan berkata, untuk daerah Beaufort, terdapat 4,600 hektar kawasan tanaman sawit yang diusahakan oleh kira-kira 1,500 orang pekebun kecil.
Katanya, angka itu jelas membuktikan industri sawit bukan sahaja menjadi penyumbang utama kepada ekonomi setempat, malah turut memperkukuhkan rantaian nilai keseluruhan industri sawit negeri Sabah.
“So hari ini kita mengumpulkan kesemua agensi di bawah kementerian ini, dia datang ke sini kerana kita melihat ada potensi besar untuk memajukan industri perladangan dan komoditi daerah Beaufort, terutamanya dekat Kuala Penyu.
“Saya dimaklumkan di daerah Beaufort, terdapat 4,600 hektar kawasan tanaman kelapa sawit yang diusahakan oleh 1,500 orang pekebun kecil.
“Is maksudnya isi rumahnya kemungkinan boleh sampai 7,500 orang yang terlibat yang akan dipengaruhi oleh kemajuan industri ini,”’katanya.
Menurutnya, langkah itu dijangka dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran sawit di negeri ini serta memastikan sektor agrikomoditi terus menjadi tulang belakang ekonomi Sabah dan negara.














