336 KES BAHARU COVID-19 DIREKODKAN DI SABAH HARI INI336 KES BAHARU COVID-19 DIREKODKAN DI SABAH HARI INI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

336 KES BAHARU COVID-19 DIREKODKAN DI SABAH HARI INI




7 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 sebanyak 31 kes iaitu daripada 305 kes kelmarin (6 Jun) kepada 336 kes (7 Jun) hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 64,206 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, terdapat satu kes kematian dicatatkan pada hari ini di Kota Kinabalu.


Menurutnya, daripada jumlah jangkitan baharu hari ini, 140 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 117 kes adalah daripada saringan kluster, 31 kes adalah daripada saringan bergejala, 32 kes daripada saringan bersasar dan 16 kes adalah daripada lain-lain kes.


“Berdasarkan pecahan kes pada hari ini, terdapat 11 daerah yang mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala empat (4) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Papar 43 kes (+29), Kalabakan 19 kes (+18), Tuaran 13 kes (+11) dan Telupid 12 kes (+12).


"Daerah Pitas kekal catatan kes baharu sebagaimana hari kelmarin iaitu dengan satu kes.


“Walau bagaimanapun, 10 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Enam daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka manakala empat daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Kudat (-27), Nabawan (-11), Kota Kinabalu (-10) dan Penampang (-10).


Masidi berkata, tujuh daerah mencatatkan sifar kes hari ini iaitu Beluran, Tongod, Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan..


“Perubahan angka untuk keseluruhan daerah-daerah di Sabah adalah tidak statik kecuali daerah yang mengekalkan status Zon Hijau.


"Trend ini menandakan bahawa adanya jangkitan baharu setiap hari, dengan pengekalan hanya dua daerah berstatus Zon Hijau. Kes baharu adalah signifikan kepada kebarangkalian berlakunya aktiviti ketidakpatuhan kepada SOP yang telah digariskan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, pada hari ini.


Beliau menggesa orang ramai untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.


Mengenai jumlah pesakit sembuh, beliau berkata, hari ini sebanyak 256 jumlah pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 61,271 orang.


“Manakala 1,667 orang pesakit lagi sedang menerima rawatan iaitu 518 orang di hospital, dan 1,149 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page