top of page

36 pelajar terima bantuan pendidikan, sumbangan cermin mata

  • nabalunews
  • Nov 5, 2024
  • 1 min read


5 November 2024


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah terus melakukan inisiatif menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) untuk menyokong pelajar yang memerlukan agar mereka dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih baik dan berdaya saing dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik.


Hari ini seramai 36 pelajar menerima bantuan kewangan dan sumbangan cermin mata menerusi TPNS.


21 pelajar menerima bantuan kewangan untuk menyokong pendidikan mereka, sementara 15 pelajar mendapat sumbangan cermin mata untuk membantu mereka dalam pembelajaran


Majlis Penyerahan bantuan TPNS telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif bertempat di Bilik Madani, Wisma MUIS, di sini.


Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, serta beberapa Ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS yang lain.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page