top of page

39 pelajar IPTA, IPTS terima bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah

  • nabalunews
  • Aug 29, 2024
  • 1 min read

29 Ogos 2024


KOTA KINABALU: Seramai 39 pelajar institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) menerima bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bagi meringankan perbelanjaan pengajian.


Penyampaian bantuan itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, pada Rabu.


Menurut laporan Info X, sejak 2022, seramai 4,986 pelajar negeri ini menerima bantuan TPNS membabitkan dana sebanyak RM5.86 juta.


Penyampaian bantuan berlangsung di Dewan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) di Wisma Bandaraya, di sini.


Hadir sama pada majlis itu Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar; Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim dan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin.


Pada majlis sama, Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) yang diwakili Ketua Eksekutif, Datuk Tah Nia binti Jaman menerima sumbangan sebanyak RM207,000 bagi dana pelaksanaan Program Khas Persediaan ke Timur Tengah 2024.


Ia menjadikan jumlah keseluruhan dana yang diserahkan kali ini sebanyak RM416,775.50.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page