top of page

Subsidi pengangkutan ke sekolah untuk pelajar Pulau Berhala 

  • nabalunews
  • Jun 18, 2025
  • 2 min read

Frankie dan Fui Fui semasa melancarkan program itu di Pulau Berhala, Sandakan.
Frankie dan Fui Fui semasa melancarkan program itu di Pulau Berhala, Sandakan.

18 Jun 2025


SANDAKAN: Lebih 100 pelajar Pulau Berhala, di sini, bakal menerima manfaat menerusi Program Subsidi Pengangkutan ke Sekolah yang dilancarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung bersama Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd yang juga setiausaha ADUN, Liau Fui Fui di pulau itu pada Rabu.


Semasa pelancaran program itu, lebih 200 penduduk hadir termasuk ibu bapa dan pelajar-pelajar yang terlibat.


Program ini memberi manfaat kepada lebih 100 pelajar dan jumlahnya dijangka akan terus meningkat. 

Difahamkan, masih terdapat pelajar yang belum menghantar maklumat dan permohonan dengan anggaran menunjukkan jumlah keseluruhan pelajar yang layak melebihi 300 orang.


Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga yang belum mengemukakan permohonan bagi pihak anak-anak mereka digalakkan untuk segera membuat permohonan itu.


Permohonan boleh dihantar ke Pejabat ADUN Tanjong Papat di Grandview, Sandakan, semasa waktu operasi pejabat, dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.


Frankie menyatakan komitmen terhadap pembangunan luar bandar termasuk penyediaan kemudahan asas dan keperluan pendidikan:


"Kita akan terus meneliti keperluan rakyat dan usaha hari ini adalah permulaan untuk lebih lagi pada masa akan datang.” Jelasnya.


Manakala Fui Fui berkata, pendidikan anak-anak menjadi keutamaan. 


"Saya ingin melihat anak-anak Pulau Berhala menjadi generasi yang bijak dan mempunyai masa depan yang cerah." Ujarnya.


"Kami akan terus menyokong mereka dengan sebaik mungkin.” Tambahnya.


Turut diumumkan pada majlis itu adalah pemasangan Self Powered Nano Filtration System atau sistem penapisan air nana bertenaga sendiri di Pulau Berhala oleh Jetama Water Sdn Bhd yang dijangka tiba di Pulau Berhala pada awal minggu hadapan dan akan dipasang dalam tempoh dua minggu akan datang. 


Jelas Fui Fui, inisiatif ini bertujuan memastikan penduduk memperoleh air minuman yang bersih dan selamat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page