top of page

39 warga asing ditahan

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

28 Mei 2025


KOTA KINABALU: Seramai 39 pendatang asing tanpa izin (PATI) beejaya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam serbuan yang dijalankan secara serentak di Inanam dan Papar, hari ini.


Dalam operasi Op Mahir jam 10 pagi itu, kebanyakan PATI yang sedang bekerja cuba melarikan diri namun tindakan pantas pasukan operasi berjaya mengekang mereka daripada bersembunyi.


Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, serbuan dilakukan di dua kilang perabot di Inanam dan kilang Bata, di Papar.

Katanya, operasi berkenaan membabitkan 70 pegawai pelbagai pangkat yang memeriksa seramai 353 individu di dua kilang berkenaan.


"Daripada jumlah yang diperiksa, seramai 39 individu berusia lingkungan 20 sehingga 45 tahun ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan Imigresen.


"Antara kesalahan iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah dan penyalahgunaan pas lawatan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, hari ini.


Beliau berkata, semua yang ditahan kebanyakannya adalah warganegara Filipina dan Indonesia.


"Semua PATI yang ditahan dibawa ke pejabat JIM Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.


"Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.


Sementara itu, beliau berkata, Januari sehingga hari ini, seramai 5,926 PATI telah dihantar pulang ke negara asal mereka masing-masing dengan membabitkan 74 kali penghantaran pulang.


"Penghantaran pulang semua PATI terbabit melalui udara sebanyak 140 manakala pengusiran melalui laut sebanyak 5,786," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page