top of page

4,496 SAMPEL UJIAN COVID-19 DI SABAH MASIH BELUM DIPROSES

nabalunews


20 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 4,496 sampel ujian Covid-19 di negeri ini masih belum diproses, setakat kelmarin, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.


Beliau berkata, daripada jumlah itu, 64 peratus akan diurus di Sabah manakala selebihnya di Semenanjung.


“Sebanyak 64 peratus sampel ujian Covid-19 akan diurus di Sabah, manakala selebihnya di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh, Institut Penyelidikan Perubatan, (IMR) Kuala Lumpur dan makmal swasta yang lain,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Mengenai saringan penduduk di Skim Penempatan Telipok, Masidi berkata, setakat kelmarin, sebanyak 1,561 penduduk di kawasan itu telah disaring.


“Daripada jumlah itu, sebanyak 131 orang dilaporkan positif Covid-19 manakala 276 sampel ujian masih menunggu keputusan.


“Dalam tempoh yang sama, 872 penduduk Kg Numbak telah disaring. Daripada jumlah tersebut seramai 72 orang didapati positif Covid-19 manakala 113 sampel ujian masih menunggu keputusan,” katanya.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page