• Wartawan Nabalu News

40 KAMPUNG KAWASAN LUMADAN PERLUKAN JARINGAN TELEKOMUNIKASI

Updated: Jan 13


Ruslan (tengah) bersama Mohd Sainal (empat, kiri) serta penduduk kampung dalam pertemuan di Kampung Bintuka.

10 JAN 2021


BEAUFORT: Lebih kurang 40 buah kampung di kawasan Lumadan masih belum mempunyai capaian internet, keadaan ini menyukarkan penduduk kampung mengakses intenet.


Sehubungan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam menyeru pihak Wilayah TM Sabah meluaskan rangkaian telekomunikasi di kawasan itu.


Beliau berkata, jaringan telekomunikasi yang baik mampu menjadi wadah penyampai hasrat dan aspirasi kerajaan dengan lebih cepat dan tanpa had sempadan.


Keperluan penduduk kawasan itu disuarkan dalam pertemuan beliau dengan Pengarah Wilayah TM Sabah, Dato’ Hj Mohd. Sainal Mohd Amin, baru-baru ini.


Dalam pada itu, Mohd. Sainal berkata, pihaknya akan menaik taraf kelajuan internet di kampung yang sudah mempunyai kemudahan internet dan akan menyediakan kemudahan internet bagi kampung yang belum mempunyai internet kawasan di DUN Lumadan pada hujung tahun ini.


Sehingga kini, sebanyak 18 buah kampung mempunyai Pusat Internet dari lima puluh lapan 58 kampung di seluruh DUN Lumadan.


Terdahulu Ruslan menyampaikan 476 bakul bantuan makanan di Mukim Lima melibatkan enam buah kampung yang terjejas akibat banjir dan terputus hubungan jalan raya.