• nabalunews

41,040 KES POSITIF COVID-19 DIREKODKAN DI SABAH: MASIDI



11 Jan 2021

Oleh Alice J


KOTA KINABALU: Sehingga hari ini (11 Jan), sebanyak 41,040 kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh Sabah.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan jumlah kes harian Covid-19 di Sabah masih lagi tinggi dan menunjukkan peningkatan kes.


“Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari sehingga 26 Januari,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, dalam tempoh PKP, larangan pergerakan merentas negeri dan daerah, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam, Rabu (13 Januari).


Beliau berkata, bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit berdekatan, hanya dua anggota isi rumah dibenarkan keluar dan berada dalam kenderaan yang sama,” katanya.