449 KES BAHARU DI SABAH, EMPAT KEMATIAN449 KES BAHARU DI SABAH, EMPAT KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

449 KES BAHARU DI SABAH, EMPAT KEMATIAN



16 Jan 2021

Oleh Anne Sham


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 449 kes positif baharu Covid-19 hari ini (16 Jan), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 43,251 kes.


Empat kes kematian direkodkan iaitu tiga kes di Lahad Datu dan satu di Tuaran.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 84 kes, diikuti Tawau (67 kes), Sandakan (51 kes), Lahad Datu (40 kes), Penampang (28 kes), Keningau (25 kes), Papar dan Kinabatangan masing-masing 23 kes, Beaufort (21 kes), Kudat (14 kes), Nabawan (13 kes), Kunak (10 kes).


“Putatan dan Tuaran masing-masing Sembilan kes, Kalabakan (tujuh kes), Kota Marudu, Kota Belud dan Ranau masing-masing empat kes, Sipitang, Tenom dan Tongod masing-masing tiga kes, Beluran (dua kes), Semporna dan Kuala Penyu masing-masing satu kes.


“Hanya tiga daerah tidak mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Tambunan, Pitas dan Telupid,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada 449 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 338 kes (75.3%) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 77 kes (17.1%), saringan kluster-kluster sedia ada 7 kes (1.6%) dan rentas negeri 4 kes (0.9%) dan 23 kes (5.1%) adalah daripada lain-lain kategori.


“Pada hari ini, seramai 379 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 38,989 orang. Sejumlah 2,957 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 762 orang di hospital dan 2,195 orang di PKRC.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 77 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page