top of page

45 BUAH KAMPUNG TERJEJAS BANJIR DI BEAUFORT

nabalunews

Gambar hiasan

6 JAN 2021


BEAUFORT: Sebanyak 45 buah kampung di daerah ini terjejas akibat banjir ekoran hujan lebat sejak petang semalam.

Bagaimanapun Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini belum ada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan operasi pemantauan sedang dijalankan.

“PPS di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir telah dibuka sejak semalam, sebagai persediaan sekiranya ada mangsa yang perlu dipindahkan,” menurut kenyataan itu.


Sementara itu, seorang penduduk Kampung Betaduk Lama Mohd Kamarul Sani, 30-an berkata, pihak berkuasa didapati membuat pemantauan dari kampung ke kampung, yang memberikan kelegaan buat penduduk.

“Sejak semalam pihak berkuasa buat pemantauan. Bagaimanapun kami tidak berpindah kerana air cepat surut ekoran hujan sudah berhenti dan kami berharap hujan tidak lagi turun, yang akan menyebabkan banjir berulang,” katanya kepada Bernama.

Penduduk Kampung Bingkul Norharis Kasman, 50-an pula berkata, kampungnya mula dinaiki air sejak pagi tadi.


“Air mula naik pagi tadi, nasib baik ia berlaku pada siang hari dan banyak persediaan yang kami boleh lakukan. Oleh kerana kebanyakan rumah di sini tinggi dan bertiang, maka kami masih boleh tinggal di rumah masing-masing namun akan berpindah ke PPS sekiranya mendapat arahan,” katanya. - Bernama

תגובות


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page