474 ORANG PENDERMA DARAH DATANG SOKONG KEMPEN DERMA DARAH474 ORANG PENDERMA DARAH DATANG SOKONG KEMPEN DERMA DARAH
top of page
  • nabalunews

474 ORANG PENDERMA DARAH DATANG SOKONG KEMPEN DERMA DARAH



5 Julai 2021


KOTA KINABALU: Seramai 474 orang penderma darah anjuran Persatuan Pendidikan Usahawan dan Persatuan Pendidikan Che Hor Khor telah menjayakan Program Kempen Derma Darah yang diadakan bertempat di Kompleks Karamunsing pada Ahad minggu lalu.


Pengerusi penganjur program, Amity Wong berkata dari jumlah keseluruhan 474 penderma darah terbabit, seramai 269 merupakan penderma darah yang telah membuat temujanji manakala 205 orang penderma darah pula merupakan golongan penderma yang datang secara 'walk-in'.


"Dari jumlah keseluruhan, seramai 359 orang penderma darah yang telah diperiksa oleh kakitangan perubatan melepasi saringan kesihatan yang ditetapkan untuk menderma darah.


"Kehadiran dan sokongan penderma darah yang hadir ini menunjukkan bahawa segelintir besar dari rakyat yang amat prihatin untuk membantu fasiliti kesihatan meningkatkan lagi jumlah bekalan darah walaupun wabak COVID-19 sedang melanda ketika ini.


"Pihak kami merakamkan setinggi penghargaan kepada para penderma yang menyokong kempen ini dan juga kepada pemilik Karamunsing, Datuk James Hwang yang menawarkan kepada kami untuk menggunakan ruang di premis milik beliau bagi menjayakan pelaksanaan kempen ini," katanya dalam satu kenyataan media.


Dalam pada itu, Amity turut menyeru mana-mana pihak khususnya organisasi atau syarikat yang berhasrat untuk menjalin kerjasama melaksanakan kempen ini bersama pihaknya boleh menghubungi beliau di talian 0128339929.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page