5,858 ORANG TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 DI SABAH SETAKAT 6 MAC5,858 ORANG TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 DI SABAH SETAKAT 6 MAC
top of page
  • Wartawan Nabalu News

5,858 ORANG TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 DI SABAH SETAKAT 6 MAC



6 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Seramai 2,765 orang telah menerima suntikan vaksin harian Dos 1 di seluruh Sabah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 5,858 orang.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sasaran Jawatankuasa Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) untuk Fasa 1 ialah 42,164 orang.



"Pemberian vaksin dilaksanakan mengikut enam Daerah Pusat Penerima Vaksin (PPV) masing-masing di Zon Barat Tengah (2,410), Zon Barat Daya (822), Zon Pedalaman (892), Zon Barat Laut (370), Zon Timur Laut (684), Zon Timur Laut - Sandakan (684) dan Zon Timur Laut – Tawau (360) orang," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, program Imunisasi Covid-19 Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setakat hari ini melibatkan 490 orang berbanding sasaran Fasa 1 iaitu 7,020 orang.


Pecahan penerima vaksin Covid-19 mengikut daerah setakat hari ini ialah Kota Kinabalu 2,410, Papar (120), Keningau (556), Tenom (144), Tambunan (192), Kuala Penyu (120), Sipitang (90), Beaufort (492), Beluran (192), Kinabatangan (246), Sandakan (210), Tongod (36), Tuaran (143), Ranau (45).


Pitas (102 orang), Kota Belud (227), Kudat (30), Kota Marudu (36), Tawau (360), Semporna (24), Lahad Datu (60) dan Kunak (24).


bottom of page