50.5 peratus remaja Sabah terima suntikan pertama vaksin Covid-1950.5 peratus remaja Sabah terima suntikan pertama vaksin Covid-19
top of page
  • Wartawan Nabalu News

50.5 peratus remaja Sabah terima suntikan pertama vaksin Covid-19



26 September 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 50.5 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sabah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19.


Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun, seramai 13,974 remaja menerima suntikan pertama kelmarin (25 Sept), menjadikan jumlah kumulatif remaja yang menerima dos pertama vaksin sebanyak 215,249 orang.


“Sehingga semalam seramai 1.98 juta orang bersamaan 71.9 peratus penduduk dewasa telah menerima vaksin dos pertama dan Cansino.


“Manakala bagi penduduk dewasa yang telah menerima dos lengkap pula ialah sebanyak 1.68 juta penduduk bersamaan 61.2 peratus setakat ini,” katanya menerusi kenyatan media, hari ini.


Sabah memulakan program imunisasi suntikan vaksin Covid-19 pada 16 September yang lepas dan mula menunjukkan kesan positif program tersebut apabila jumlah kes baharu Covid-19 mula menunjukkan trend penurunan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page