511 pelajar Tanjung Aru terima Bantuan Persekolahan YBR
top of page
  • Wartawan Nabalu News

511 pelajar Tanjung Aru terima Bantuan Persekolahan YBR

29 Disember 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Persatuan Keusahawanan Cekap Sabah (PKCS) menyalurkan 'Bantuan Persekolahan' kepada 511 orang pelajar dan murid dari keluarga golongan berpendapatan rendah (B40), baru-baru ini.


YBR dalam kenyataan berkata, bantuan tunai itu bertujuan memberi penerima yang layak wang persediaan untuk mereka bermula semula sekolah penggal baru tahun hadapan.


Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat yang berlangsung di Dewan SM La Salle, Tanjung Aru, Khamis lalu itu, disempurnakan oleh Pengerusi YBR Datuk Philip Lasimbang dan dihadiri pengerusi PKCS Dennison R Indang.


Philip berkata, bantuan tunai yang diberi adalah bagi mengurangkan sedikit sebanyak beban kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kemelesetan ekonomi terutama bagi keluarga golongan berpendapatan rendah.

Dalam ucapannya, beliau juga memuji usaha Dennison serta ahli jawatankuasa PKCS kerana tidak berputus asa mendapatkan kelulusan dari YBR permohonan bantuan tersebut untuk manfaat murid-murid dan pelajar-pelajar dari Tanjung Aru dan kawasan sekitarnya.


Sementara itu, Dennison merakamkan penghargaan kepada Philip dan pihak YBR di atas banutan yang diberi.

"Usaha seperti ini amat diperlukan sekali dan saya berterima kasih kerana ia dapat memanfaatkan lebih 500 orang murid-murid dan pelajar-pelajar di seluruh Tanjung Aru dan kawasan-kawasan berhampiran," katanya.


Dalam pada itu, salah seorang penerima Ocean Chong, 16, dari Kota Kinabalu High School berkata, bantuan itu sangat bermakna untuk dia memulakan penggal baru persekolahan tahun akhir bulan depan.

Sandra Caroline, 17, yang menuntut di SMK Tansau turut berkata, "bantuan sedikit-sebanyak memberi saya peluang untuk membeli peralatan persekolahan dan buku rujukan tanpa meminta duit dari ibupada saya."

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page