52 kompaun dikeluarkan langar SOP Covid-19 52 kompaun dikeluarkan langar SOP Covid-19
top of page
  • Wartawan Nabalu News

52 kompaun dikeluarkan langar SOP Covid-19



10 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 52 kompaun melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dikeluarkan di seluruh Sabah, pada Isnin.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu lapan individu gagal mendaftar masuk premis dan 44 orang lagi gagal memastikan jarak fizikal.


"Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 170 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 19 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.


"Bagaimanapun hasil pemeriksaan tiada tangkapan dibuat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, dari segi jumlah kes baharu hari ini ia menurun sebanyak 37 kes berbanding kelmarin.


"Jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini sebanyak 161 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 242,705 kes. Tiada kes kematian dan tiada kluster baharu dilaporkan hari ini," katanya.


Katanya lagi, kedudukan semasa di semua daerah menampakkan fasa penstabilan kecuali beberapa daerah di mana kes harian turun naik secara mendadak hampir setiap hari.


"Antaranya Kota Kinabalu (29 kes) yang turun 16 kes walaupun masih merupakan daerah yang mencatat kes baharu tertinggi di Sabah.


"Ranau (28 kes) pula kembali mencatat jumlah kes tinggi termasuk enam kes baharu daripada Kluster Hotel Perkasa. Tidak ada kes baharu dicatatkan di lapan daerah dan kurang 10 kes baharu di 14 daerah," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page