54,502 BUAH KENDERAAN DIPERIKSA DI SELURUH SABAH 769 DIARAH PATAH BALIK 54,502 BUAH KENDERAAN DIPERIKSA DI SELURUH SABAH 769 DIARAH PATAH BALIK
top of page
  • Wartawan Nabalu News

54,502 BUAH KENDERAAN DIPERIKSA DI SELURUH SABAH 769 DIARAH PATAH BALIK




7 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pergerakan aliran trafik perlahan di kebanyakan jalan utama di negeri ini pada hari ini, disebabkan pemeriksaan ketat larangan rentas daerah bagi membendung penularan Covid-19.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 769 buah kenderaan diarah patah balik kerana membawa penumpang melebihi had ditetapkan dan tiada surat kebenaran.


"Susulan keputusan Kerajaan Negeri yang menguatkuasakan larangan rentas daerah sebagai langkah membendung penularan Covid-19 semalam, Polis Kontinjen Sabah hari ini memeriksa 54,502 buah kenderaan menerusi 125 SJR di seluruh Sabah," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi menasihatkan masyarakat supaya mengikuti arahan dan memahami pelaksanaan SOP.


Katanya, kawalan ketat tersebut adalah mengikut prosedur yang diwartakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah Akta 342, Kementerian Kesihatan Malaysia.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page