top of page

54 ahli baharu sertai UPKO Tenom

  • nabalunews
  • Aug 31, 2024
  • 1 min read

ree

31 Ogos 2024


TENOM: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) terus mendapat sambutan dan sokongan masyarakat di Sabah.


Semalam, UPKO Bahagian Tenom menerima 54 ahli baharu yang mahu sama-sama menyertai perjuangan UPKO untuk rakyat.


Bertempat di Taman Seri Mantailang, Ketua Bahagian UPKO Tenom, Junik Bajit menerima penyertaan 54 orang ahli baharu itu.


Junik merakamkan penghargaan kepada ahli baharu UPKO kerana memahami perjuangan ikhlas Parti UPKO yang mengutamakan kepentingan rakyat.

ree

"Kita juga bersyukur kerana cawangan ini diketuai seorang wanita.


"Tahniah buat Puan Magdelina Chew Mei Lan di atas penyertaan ini dan juga sebagai tuan rumah kita pada hari ini.


"UPKO Tenom dan kepimpinan UPKO keseluruhannya sentiasa menyokong pemimpin bukan sahaja di kalangan lelaki, malahan juga wanita dan generasi muda pada hari ini.


"Tahniah kepada cawangan ini, semoga kita terus fokus, berani dan ikhlas bersama dalam perjuangan parti UPKO," kata Junik.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page