71 KES POSITIF, 16 DAERAH TIDAK CATATKAN KES BAHARU COVID HARI INI71 KES POSITIF, 16 DAERAH TIDAK CATATKAN KES BAHARU COVID HARI INI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

71 KES POSITIF, 16 DAERAH TIDAK CATATKAN KES BAHARU COVID HARI INI



13 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 71 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,864 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi berkata, daerah yang mencatatkan kes baharu tertinggi ialah Keningau dengan 25 kes, diikuti Tawau sebanyak 13 kes, Kota Kinabalu (10 kes).



"Penampang dan Telupid masing-masing enam kes, Sandakan (empat kes), Putatan dan Kinabatangan masing-masing dua kes, Kota Belud, Papar dan Beluran masing-masing satu kes.


"Sebanyak 16 daerah tidak mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Ranau, Kudat, Kalabakan, Nabawan, Kunak, Tambunan, Kota Marudu, Tuaran, Tenom, Lahad Datu, Pitas, Kuala Penyu, Semporna, Sipitang, Beaufort dan Tongod," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada 71 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 54 kes (76.1%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lima kes (7%) saringan bergejala, tujuh kes (9.9%) saringan kluster sedia ada serta lima kes dari lain-lain kategori.


Katanya, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital ialah 77 menjadikan jumlah kumulatif 52,711 orang.



"Seramai 508 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 186 orang di hospital dan 322 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


"Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 17 orang dan lima orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.


Dari segi statistik vaksinasi di Sabah, beliau berkata, setakat ini, seramai 1,494 orang telah menerima suntikan vaksin harian Dos 1 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 22,464 orang.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page