72 CALON STPM 2020 DI SABAH DAPAT PNGK 4.072 CALON STPM 2020 DI SABAH DAPAT PNGK 4.0
top of page
  • Wartawan Nabalu News

72 CALON STPM 2020 DI SABAH DAPAT PNGK 4.0


Gambar Hiasan

1 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalui News


KOTA KINABALU: Seramai 72 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 di Sabah berjaya mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0 berbanding seramai 51 orang pada tahun 2019.


Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr.Mistirine Radin berkata, pada tahun 2020 bilangan calon yang menduduki peperiksaan STPM di Sabah adalah seramai 7,409 orang berbanding 7,036 orang pada tahun 2019.


“Daripada jumlah keseluruhan yang mengikuti peperiksaan STPM 2020, seramai 7,330 calon lulus penuh atau 98.93 peratus berbanding 6,956 orang (98.86 peratus) pada tahun 2019.


“Ini menunjukkan peningkatan pencapaian peratus lulus negeri sebanyak 0.07 peratus,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Mistirine berkata, dari segi pencapaian sekolah pula, sebanyak 58 buah sekolah mencapai kelulusan 100 peratus pada tahun 2020.


Katanya dari segi jurang perbezaan pencapaian keseluruhan sekolah bandar dan luar bandar di negeri ini, sekolah di bandar mencapai kelulusan 99.46 peratus manakala sekolah luar bandar sebanyak 97.44 peratus.


“Saya berharap agar mereka dapat meneruskan budaya kecemerlangan dalam apa jua bidang yang akan diceburi pada masa akan datang. Kepada mereka yang kurang berjaya, anggaplah ini sebagai satu cabaran dan peluang untuk mencipta kejayaan lain pada masa akan datang,”katanya.


Beliau berkata, calon-calon sekolah dan persendirian boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui empat kaedah iaitu melalui pautan pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK, perkhidmatan SMS dengan menaip STPM<jarak>No. K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 68886 pada 1 Julai ini mulai pukul 11.00 pagi sehingga 9 Julai 2021 pukul 12.00 tengah hari.


“Keputusan calon akan dihantar oleh MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai 2021 mulai pukul 11.00 pagi (bagi calon yang membekalkan alamat e-mel ke MPM.


“Bagi calon sekolah kerajaan atau, bantuan kerajaan, swasta atau persendirian individu yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk calon mendapatkan keputusan peperiksaan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page