73 KES POSITIF BAHARU COVID-19 DICATATKAN DI SABAH HARI INI
3 April 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 73 kes positif baharu COVID-19 hari ini meningkat 10 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,989 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daerah Tawau mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 35 kes, diikuti Keningau sebanyak 12 kes, Kota Kinabalu (11 kes), Nabawan (empat kes).
“Sandakan mencatatkan tiga kes, Lahad Datu dan Putatan masing-masing dua kes, Kinabatangan, Kalabakan, Kota Belid dan Kudat masing-masing satu kes.
“Sebanyak 16 daerah tidak mencatatkan kes baharu hari ini termasuk lima zon hijau Covid-19 iaitu Telupid, Ranau, Pitas, Kuala Penyu dan Tongod,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Masidi berkata, jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 35 menjadikan jumlah kumulatif 54,069 orang.
Katanya, seramain 483 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 205 orang di hospital dan 278 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.
“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 28 orang dan 16 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Comments