77,396 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA 20 DAERAH DI SABAH77,396 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA 20 DAERAH DI SABAH
top of page
  • Wartawan Nabalu News

77,396 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA 20 DAERAH DI SABAH

Penyampaian sumbangan di Kinabatangan.

24 OKTOBER 2020

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat telah mengagihkan sebanyak 77,396 bakul makanan kepada 20 daerah seluruh Sabah, setakat kelmarin.

Menterinya Ir. Shahelmey Yahya berkata, daerah-daerah itu ialah Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan dan Keningau.

Penyampaian sumbangan di Kota Belud.

Beliau berkata, pengagihan makanan sedang giat dilaksanakan dan akan diteruskan bagi membantu penduduk Sabah yang memerlukan bantuan.

“Sebanyak 4,573 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 23 Oktober (kelmarin) melibatkan 12 daerah.


Penyampaian sumbangan di Tuaran.

“Daerah-daerah itu ialah Lahad Datu (908), Kunak (242), Tawau (2,005), Sandakan (17), Penampang (100), Tuaran (779), Ranau (110), Kota Belud (15), Tambunan (18), Tenom (130), Kinabatangan (23) dan Keningau (226),” katanya.

Shahelmey berharap, bantuan makanan itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan penduduk yang terjejas susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page