top of page

78,883 calon ditawar tempat ke universiti awam

  • nabalunews
  • 5 minutes ago
  • 1 min read

ree

5 September 2025


KUALA LUMPUR: Sebanyak 78,883 calon lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Diploma atau setaraf ditawarkan tempat melanjutkan pengajian ke universiti awam bagi sesi akademik 2025/2026.


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan jumlah itu merupakan 71.80 peratus daripada keseluruhan 109,866 permohonan yang diterima melalui sistem UPUOnline.


“Secara keseluruhannya, sebanyak 1,132 program pengajian ijazah sarjana muda ditawarkan bagi sesi kali ini.


“Kemasukan pelajar dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah,” menurut kenyataan itu.


Menurut KPT, calon tidak berjaya mendapatkan tawaran tempat pengajian boleh membuat rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula 12 tengah hari ini hingga 5 petang 14 Sept.


KPT turut merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua calon yang berjaya, selain berharap peluang melanjutkan pengajian ini dimanfaatkan sebaik mungkin.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page