80.2 peratus kes baharu hari ini tidak bergejala, simptom ringan80.2 peratus kes baharu hari ini tidak bergejala, simptom ringan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

80.2 peratus kes baharu hari ini tidak bergejala, simptom ringan


Gambar Hiasan

25 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sejumlah 80.2 peratus daripada kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kategori 1 sebanyak 344 kes iaitu mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 (312 kes) sekadar mengalami simptom ringan.


“Kedua-dua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, Kota Kinabalu terus mencatatkan kes tertinggi di seluruh Sabah dengan 167 kes pada hari ini.


Beliau berkata, daripada jumlah itu, 88 kes adalah daripada saringan kontak rapat, saringan kluster (40 kes), saringan bergejala (16 kes), saringan bersasar (17 kes) dan lain-lain saringan enam kes.


“Manakala Penampang pula mencatatkan 77 kes pada hari ini yang kebanyakannya disumbangkan daripada saringan kontak rapat sebanyak 51 kes, saringan bergejala (19 kes), saringan kluster (lima kes) dan lain-lain saringan sebanyak dua kes.


“Keningau pula merekodkan 69 kes baharu pada hari ini kebanyakannya daripada saringan Klustere Kayu Patikang (56 kes), Kluster Jambatan Liawan (empat kes) dan Kluster Gerbang Kauran (dua kes), saringan kontak rapat sebanyak lima kes dan lain-lain saringan dua kes,” katanya.


Katanya lagi, daripad ajumlah keseluruhan kes baharu hari ini, 364 kes daripada saringan kontak rapat, 209 kes daripada saringan kluster, saringan bergejala (103 kes), saringan bersasar (104 kes), lain-lain saringan (38 kes).


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page