89 KES POSITIF BAHARU COVID-19 DICATATKAN DI SABAH HARI INI (30 APRIL)
top of page
  • nabalunews

89 KES POSITIF BAHARU COVID-19 DICATATKAN DI SABAH HARI INI (30 APRIL)


30 April 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 89 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,136 kes. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes positif Covid-19 pada hari ini sebanyak 48 kes (53.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 20 kes (22.5%) saringan bergejala, 18 kes (20.2%) dari kluster baharu dan sedia ada serta tiga kes (3.4%) dari lain-lain kategori. “Tawau mencatatkan kes tertinggi sebanyak 30 kes, Lahad Datu (13 kes), Kota Kinabalu (12 kes), Kalabakan (sembilan kes), Kinabatangan (lapan kes), Sandakan (lima kes), Kunak (empat kes). “Penampang dan Semporna masing-masing tiga kes, Nabawan dan Papar masing-masing satu kes. “Daerah Tuaran, Telupid, Putatan, Beluran, Kota Belud, Keningau, Kuala Penyu, Beaufort, Ranau, Kudat, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu dan Tongod tidak mencatatkan kes baharu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 162 menjadikan jumlah kumulatif 56,771 orang. Katanya lagi, seramai 718 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 281 orang di hospital dan 437 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 51 orang dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page