top of page

90 Program Pembangunan Nabawan bernilai hampir RM5 bilion

  • nabalunews
  • Feb 15
  • 2 min read

15 Februari 2025


KENINGAU: 90 program pembangunan bernilai hampir RM5 bilion dirancang bagi memakmurkan kesejahteraan dan sosioekonomi rakyat daerah Nabawan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, program pembangunan itu dirancang melalui Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas RMK-13.


Katanya, ia dikeluarkan Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) menerusi Sesi Libat Urus (SLU) penyediaan input pelan pembangunan 2026 hingga 2030.


“Program pembangunan berkenaan melibatkan enam bidang utama kluster iaitu Infrastruktur, Keterjaminan makanan (Pertanian, Perikanan dan Perternakan) dan Pelancongan.


“Ia juga melibatkan pembangunan Modal Insan dan Kesejahteraan rakyat, Keselamatan dan Kesihatan serta Perkhidmatan Bandar Dan Telekomunikasi,” katanya


Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Sesi Libat Urus penyediaan input pelan pembangunan daerah RMKe-13, 2026-2030 Pejabat Daerah Nabawan yang diadakan di Dewan Salingkawang, Pusat Kraftangan Sabah di sini, semalam.


Menurutnya, beberapa cadangan akan dikemukakan untuk mendapatkan persetujuan sama ada pihak Kerajaan Persekutuan atau Negeri untuk dapat membangunkan daerah Nabawan.


Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, program pembangunan yang telah dirancang ini mempunyai banyak potensi dan berimpak besar sekiranya ia terlaksana kelak.


“Dengan adanya perancangan seumpama ini, daerah Nabawan akan lebih inklusif dan berimpak tinggi demi untuk kebaikan rakyat dan pemegang taruh, sejajar dengan Halatuju Pembangunan Sabah Maju Jaya SMJ 2.0,” katanya.


Terdahulu dalam ucapannya Ghani berkata, SLU yang buat oleh Pejabat Daerah Nabawan dan agensi-agensi berkaitan adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan pembangunan yang holistik, inklusif, dan mampan bagi Daerah Nabawan.


Katanya, RMK-13 adalah pelan pembangunan lima tahun yang akan menjadi panduan utama bagi kerajaan dalam merangka strategi dan program pembangunan negara.


“RMK-13 akan memberi tumpuan kepada pembangunan yang seimbang, merangkumi aspek ekonomi, sosial, dan alam sekitar, dengan matlamat utama untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memastikan kemakmuran negara yang berkekalan.


"Keutamaan dan hala tuju bersama kita adalah untuk memastikan daerah Nabawan mendapat limpahan pembangunan yang inklusif dan seimbang selari dengan keperluan semasa dan potensi masa hadapan.


“Bagi Daerah Nabawan RMK-13 adalah peluang emas untuk kita mengenal pasti keperluan dan potensi pembangunan

yang khusus, serta merangka strategi yang bersesuaian dengan keunikan dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat di sini" katanya.


Sementara, berhubung Sesi Libat Urus yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Nabawan, Ghani berkata, ia adalah platform penting untuk berkongsi idea, maklum balas dan cadangan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page