Acara sukan platform terbaik pupuk perpaduan di kalangan belia: Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Acara sukan platform terbaik pupuk perpaduan di kalangan belia: Ewon

21 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, penganjuran acara-acara sukan antara platform terbaik memupuk perpaduan di kalangan rakyat terutama di kalangan penggiat sukan.


Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, ini kerana mereka berkumpul dalam acara itu bukan hanya untuk bersukan tetapi merapatkan hubungan.


“Mudah-mudahan dengan hubungan yang baik itu dapat memberi berkat lebih besar misalnya kerjasama dalam bentuk perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana kerana mereka boleh berbincang mengenai perkara sedemikian dalam platform seperti ini.


“Sebab itu saya menyokong acara seperti ini dijadikan acara tahunan dan selaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Ahli Parlimen kawasan ini, saya sentiasa menyokong dan memberi sumbangan yang diperlukan untuk menjayakan penganjuran acara-acara sukan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan pertandingan Open UPKO Double Dart Challenge anjuran Pemuda Upko Penampang dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Komuniti Moyog Penampang, di Dewan Sigah, Kg.Tuavon, di sini, hari ini.


Sementara itu Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Pemuda UPKO Penampang Billy Joe Dominik berkata, pertandingan itu disertai 42 pasukan untuk merebut hadiah terkumpul berjumlah hampir RM10,000.


“Sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan melebihi sasaran. Sebahagian yuran yang dikutip akan digunakan untuk mengisi tabung kebajikan Persatuan Kebajikan Komuniti Moyog Penampang.


“Pemuda UPKO Penampang akan konsisten menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk pembangunan belia di kawasan ini,” katanya.


Hadiah pertama RM3,000, kedua RM1,200, ketiga dan keempat akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM700 dan tempat kelima hingga kelapan RM300.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page