top of page

Adakah Shahelmey Dan Andi Masih Laku Tanpa Pengaruh BN- Bung Moktar

  • nabalunews
  • Oct 12
  • 1 min read

ree

12 Oktober 2025


KOTA KINABALU: “Kalau betul mahu bertanding, pucuk dicita ulam mendatang. Sudah tiba masanya Shahelmey Yahya dan Andi Suryady menunjukkan keberanian sebenar bukan bersembunyi di sebalik kuasa yang diperoleh hasil pengkhianatan terhadap perjuangan Barisan Nasional (BN),”


Demikian tegas Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyatakan kesediaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mencalonkan Shahelmey dan Andi di kerusi yang disandang mereka.


Bung berkata, kedua-dua mereka perlu membuktikan kemenangan mereka dalam PRN16 dan PRU15 bukan kerana jentera, pengundi dan pengaruh BN, tetapi kerana diri kamu sendiri.


“Jangan lagi berselindung di sebalik jasa parti yang kamu tikam dari belakang. Rakyat Sabah kini semakin celik politik. Mereka tahu menilai siapa yang setia dan siapa yang menjual prinsip demi jawatan dan kuasa.


“Kamu berdua kini menjadi simbol politik tanpa pendirian, pemimpin yang sanggup menikam sahabat sendiri demi kepentingan sementara.


“UMNO dan BN tidak lupa. Kami telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan kamu dalam PRN17, bukan sekadar untuk menang, tetapi untuk menghapuskan legasi pengkhianatan yang memalukan politik Sabah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, beliau yakin penyokong BN kini lebih bersemangat daripada sebelumnya dan bersatu untuk menjatuhkan dua watak yang tidak mengenal makna kesetiaan, maruah dan perjuangan.


Katanya, dalam politik, pengkhianatan mungkin memberi kuasa sementara, tetapi pengkhianat tidak akan pernah dihormati sejarah.


“Sudah tiba masanya pengundi di DUN Tanjung Keramat dan Tanjung Batu bersatu padu memastikan kedua-dua calon ini diberi pengajaran.


“Kamu yang pernah menaikkan mereka, kamu jugalah yang berhak menjatuhkan dua pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat dan perjuangan BN,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page