top of page

ADUN Kadamaian Salur Bantuan Baik Pulih Pendawaian Dewan Komuniti Kampung Kebayau Lama Dipanah Petir

  • nabalunews
  • Dec 12, 2024
  • 1 min read


12 Disember 2024


KOTA BELUD: Sebagai sebuah komuniti yang aktif, penduduk Kampung Kebayau Lama di sini sering bergantung kepada Dewan Komuniti sebagai pusat utama bagi mengadakan aktiviti kemasyarakatan.


Bagaimanapun Dewan Komuniti Kampung Kebayau Lama tidak dapat digunakan pada masa ini akibat kerosakan sistem pendawaian elektrik kerana dipanah petir baru-baru ini.


Untuk membantu komuniti Kampung Kebayau Lama memperbaiki pendawaian elektrik yang rosak itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, tampil membantu dengan menyumbangkan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan berkenaan.


Pemaju Masyarakat di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, telah mewakili ADUN Kadamaian untuk menyampaikan sumbangan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kebayau Lama, Datine Tolimo.


Menurut Datine, sumbangan yang diterima itu akan digunakan untuk membeli barangan keperluan baik pulih pendawaian elektrik, termasuk menukar suis utama, soket lampu, suis lampu, dan kabel yang telah rosak akibat disambar petir.


Kejadian itu menyebabkan Dewan Komuniti Kampung Kebayau Lama

tidak dapat beroperasi sepenuhnya.


Datine turut menzahirkan penghargaan kepada Ewon atas keprihatinan beliau terhadap keperluan penduduk kampung.


“Sumbangan ini sangat bermakna bagi kami, lebih-lebih lagi dengan sambutan Krismas dan cuti sekolah yang semakin hampir, di mana dewan ini sering digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti perayaan dan program sosial,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page