top of page

ADUN Kadamaian Sumbang Kepada Program Gotong-Royong Kampung Ratau

  • nabalunews
  • Feb 28, 2025
  • 1 min read

27 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, terus menyokong usaha kesejahteraan masyarakat menerusi sumbangan kepada program gotong-royong Kampung Ratau yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.


Sumbangan disampaikan kakitangan Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian, Shainim Epin, kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ratau, Dina Bandaran.


Dina berkata, dana ini akan digunakan untuk menampung kos pembersihan kawasan kampung, padang, gelanggang futsal, dewan komuniti serta Balai Wanita Ratau.


Katanya, bantuan yang diberikan amat bermakna kerana ia memudahkan penduduk menjaga kebersihan dan keselesaan persekitaran kampung.


“Kami amat menghargai sumbangan daripada Ewon yang sentiasa prihatin terhadap keperluan masyarakat di sini.


“Ewon sebelum ini sememangnya aktif dalam menyokong pelbagai inisiatif pembangunan komuniti, termasuk infrastruktur asas, pendidikan, dan kebajikan rakyat di Kadamaian.


“Sumbangan untuk program gotong-royong kali ini mencerminkan kepedulian beliau terhadap kesejahteraan penduduk setempat,” katanya.


Dina menambah, penduduk Kampung Ratau berharap aktiviti gotong-royong ini bukan sana dapat menceriakan kawasan mereka tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page