ADUN Nabawan sumbang RM11,000 biayai kerja awalan bersihkan tapak gereja yang terbakar
- Wartawan Nabalu News
- Aug 2, 2024
- 1 min read

2 Ogos 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
NABAWAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin meluangkan masa melawat gereja yang musnah dalam kebakaran di Kampung Enam di sini, Isnin lalu.
Beliau turut menyampaikan sumbangan RM11,000 untuk membiayai kerja awalan pembersihan tapak gereja yang terbakar.
Selain sumbangan wang tunai, Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) turut menyumbangkan makanan, peralatan dapur, kelengkapan bayi, tilam, bantal dan selimut untuk keluarga pastor gereja itu yang kehilangan tempat tinggal kerana rumah kediamannya turut musnah dalam tragedi itu.
Turut sama dalam lawatan itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan, Deckson Andipai, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Nabawan, Andy Fatmal Mohamad Ikhsan, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Nabawan, Jabat Majilon dan rombongan dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Pejabat Daerah Nabawan, Mahkamah Anak Negeri dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat N. 46 Nabawan.















Comments