Agenda pembangunan negeri jadi fokus sidang DUN Sabah – Hajiji
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

24 April 2026
KOTA KINABALU: Usaha memperkukuhkan agenda pembangunan negeri akan menjadi fokus utama dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17, minggu depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata agenda pembangunan itu antara lain merangkumi aspek infrastruktur, ekonomi, pendidikan serta kesejahteraan rakyat.
Menurutnya, kerajaan negeri komited memastikan setiap perancangan dan dasar yang dibincangkan dalam sidang berkenaan memberi manfaat menyeluruh kepada seluruh rakyat Sabah.
“Insya-Allah, kami sebagai wakil rakyat akan membawa suara dan isu rakyat ke dalam perbahasan dengan penuh tanggungjawab.
“Setiap pandangan yang diketengahkan adalah demi memastikan kebajikan rakyat terus terbela,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.
Hajiji turut berharap segala perbahasan serta keputusan yang dicapai sepanjang persidangan itu akan memberi impak positif dan berterusan kepada pembangunan Sabah.
“Semoga segala perbahasan dan keputusan yang dibuat akan membawa kebaikan berterusan kepada negeri yang kita cintai ini,” katanya.
Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 dijadualkan bermula 27 hingga 30 April.
Semalam, Istiadat Pembukaan telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, yang turut menyampaikan ucapan dasar kerajaan negeri.















Comments