top of page

Agensi Kuskop strukturkan semula lebih RM577 juta pembiayaan usahawan PMKS

Wartawan Nabalu News

26 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melalui beberapa agensinya menstrukturkan semula sejumlah RM577.95 juta pembiayaan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di seluruh negara, tahun ini.


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasamy berkata, daripada jumlah itu sebanyak 3,244 akaun telah distruktur semula oleh TEKUN Nasional melibatkan jumlah pembiayaan RM33.45 juta.


“Manakala SME Bank telah menstruktur semula sebanyak 137 akaun melibatkan pembiayaan sebanyak RM524.8 juta dan Bank Rakyat menstruktur semula akaun yang melibatkan jumlah pembiayaan sebanyak RM19.7 juta.


“Selain itu, KUSKOP turut menyediakan bantuan bersepadu kepada PMKS tempatan meliputi aspek produktiviti dan automasi, aplikasi dalam talian, e-dagang, aplikasi teknologi maklumat serta pelbagai program pembangunan kapasiti.


“Ini termasuklah khidmat nasihat, bantuan teknikal, dan akses kepada kemudahan kewangan dalam membantu para usahawan membangun dan mempertingkatkan perniagaan mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Senator Dato’ Juhanis Abd Aziz, di Dewan Negara, hari ini.


Juhanis bertanys apakah Kerajaan bercadang untuk melaksanakan kembali program pembiayaan tanpa faedah dan moratorium kepada peminjam, PMKS yang masih lagi terkesan dengan pandemik dan yang terbaru kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).


Saraswathy berkata, KUSKOP dan agensi-agensinya sentiasa komited membantu usahawan PMKS termasuk yang masih lagi terkesan dengan pandemik dan kenaikan

OPR.


“Oleh itu, bagi mana-mana usahawan yang menghadapi kesukaran membayar semula pembiayaan yang diterima daripada agensi-agensi di bawah Kementerian ini, KUSKOP menyeru agar mereka tampil ke agensi-agensi tersebut supaya penilaian dapat dibuat bagi tujuan penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan,” katanya.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page