Marryan Razan
Agensi Nombor Ramalan dan Kelab Lumba Kuda dibenar beroperasi mulai esok

13 Sept 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) bersetuju membenarkan Agensi Nombor Ramalan dan Kelab Lumba Kuda beroperasi mulai 14 September ini (esok). Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ia selaras dengan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk membenarkan operator perjudian yang dilesenkan oleh MOF dan Kelab Lumba Kuda di bawah Lembaga Totalisator Malaysia untuk beroperasi mulai 14 September 2021. “Adalah diingatkan bahawa semua pekerja dan pelanggan untuk aktiviti ini hendaklah telah lengkap divaksin dan berstatus risiko rendah COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.