AGIHAN MYBERAS@WILAYAH UNTUK 1,600 PENERIMA LABUAN BERMULA HARI INIAGIHAN MYBERAS@WILAYAH UNTUK 1,600 PENERIMA LABUAN BERMULA HARI INI
top of page
  • nabalunews

AGIHAN MYBERAS@WILAYAH UNTUK 1,600 PENERIMA LABUAN BERMULA HARI INI


1 FEB 2021


LABUAN: Seramai 1,600 penduduk di sini bakal menerima bantuan beras melalui MYBERAS@Wilayah bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, bermula hari ini.

Bantuan menerusi program Cakna Kemiskinan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan itu akan diagihkan tiga kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat sepanjang bulan ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman, inisiatif MYBERAS@Wilayah yang seiring dengan tema sambutan Hari Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin, bertujuan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung rakyat akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Bantuan beras ini akan disalurkan setiap minggu,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan itu kepada 150 penerima yang layak menandakan bermulanya program MYBERAS@Wilayah dan MyFood@Wilayah yang menyasarkan golongan B40 dan miskin bandar. - Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page