top of page

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Malaysia

  • nabalunews
  • Sep 16, 2025
  • 1 min read



16 September 2025


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat di negara ini.


Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Baginda, Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa syukur atas perpaduan serta semangat muafakat dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang terus menjadi tunjang kekuatan negara sejak dahulu.


“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia.


“Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan Malaysia sentiasa dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan keamanan yang berpanjangan dan dilindungi daripada sebarang musibah,” menurut hantaran itu.


Tamat

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page