Agong Telah Laksanakan Tugas, Selamat Maju Jaya Buat Ismail SabriAgong Telah Laksanakan Tugas, Selamat Maju Jaya Buat Ismail Sabri
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Agong Telah Laksanakan Tugas, Selamat Maju Jaya Buat Ismail Sabri


Datuk Ewon Benedick

1. Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tugas di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan untuk memilih Dato Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9. 2. Semoga amalan prinsip Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan di negara kita akan terus subur lebih baik selepas ini berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan. 3. Sebentar tadi Ismail Sabri telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri. Selamat maju jaya dan semoga menjalankan amanah yang diberi oleh Agong dan 114 orang Ahli Parlimen ini dengan kompeten dan lebih baik daripada Perdana Menteri sebelum ini. 4. Perletakan jawatan oleh Perdana Menteri sebelumnya disebabkan oleh kehilangan majoriti apabila Ahli-Ahli Parlimen dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sendiri, iaitu UMNO menarik balik sokongan yang diberikan kepada Tan Sri Muhyiddin / Mahiaddin Yassin. 5. Dalam masa yang sama, kelemahan kepimpinan Muhyiddin / Mahiaddin dalam menangani krisis kesihatan dan ekonomi diperkatakan oleh rakyat. Malah bukan itu sahaja, beliau telah mencipta krisis perlembagaan dan krisis dengan istana. 6. Ismail Sabri merupakan seorang veteran politik dan sudah tentunya beliau akan mengambil ikhtibar kejatuhan kerajaan PN sebelum ini. Rakyat akan melihat kepimpinan beliau, mengukur tahap kompetensi dan membuat perbandingan dengan Perdana Menteri sebelumnya. 7. Ismail Sabri mempunyai pilihan untuk membuat yang lebih baik bagi menangani krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang dihadapi negara. Beliau juga ada pilihan yang lebih baik untuk melaksanakan reform dan pembaharuan dalam urustadbir negara. Banyak yang perlu diperbaiki dengan segera kerana keadaan kritikal sekarang ini menuntut pembaharuan yang segera. 8. Dalam kerajaan PN pimpinan Muhyiddin / Mahiaddin, sense of urgency tidak kelihatan ketika negara berhadapan dengan keadaan krisis yang kritikal. Yang ada cuma kecepatan bertindak jika ianya berkaitan dengan kedudukan politik mereka. 9. Ismail Sabri adalah sebahagian daripada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin / Mahiaddin. Dan beliau tentunya sedar akan cabaran ini. Reform dan pembaharuan perlu dimulakan dari awal, bukannya di penghujung tempoh kepimpinan atau pada ketika rakyat sudah mulai mempertikaikan kepimpinan. 10. Parti-parti pembangkang telah mengemukakan cadangan keperluan reform seawal Mac tahun ini sebagai respon kepada krisis kesihatan, ekonomi dan politik negara. Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja juga telah mengeluarkan titah dan kenyataan. Ismail Sabri berpeluang memberi respon yang lebih baik daripada Muhyiddin / Mahiaddin kepada keperluan reform dan titah diraja ini. 11. Sebagai ADUN yang duduk di kerusi pembangkang masa ini, tugas saya adalah untuk memastikan semak dan imbang dibuat ke atas Ismail Sabri dan urustadbir kerajaan beliau, juga ke atas Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Negeri yang ada sekarang. 12. Pasti menarik melihat perkembangan di peringkat negeri Sabah pula susulan perlantikan Perdana Menteri ke-9 ini. Ewon Benedick ADUN Kadamaian Naib Presiden UPKO

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page