• nabalunews

AHLI PARLIMEN BINTULU MOHON MAAF KEPADA KP KESIHATAN


15 NOV 2020


KUCHING: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing hari ini memohon maaf kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah susulan keterlanjuran kata beliau ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Parlimen, baru-baru ini.

"Bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat yang lancar dan demi kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata saya ketika perbahasan Belanjawan 2021," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau langsung tidak terdetik untuk menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, frontliners (barisan hadapan) termasuk Ketua Pengarah Kesihatan. 


"Saya hanya berniat untuk membahas soal COVID-19 yang membimbangkan rakyat supaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. 

"Saya tidak mahu kerana saya, seluruh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu," tambah beliau.

Tiong dikecam hebat susulan ucapan perbahasannya Rabu lalu apabila beliau mempersoalkan sama ada Dr Noor Hisham takut untuk mati akibat COVID-19 kerana mengelak daripada turun padang mengikuti pembanterasan pandemik COVID-19 di Sabah. - Bernama

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com