top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ahli Parlimen Kuala Kangsar isytihar sokong pimpinan PM Anwar


12 Okt 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Kangsar dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, telah mengumumkan sokongan beliau kepada pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti rinithan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasan beliau.


"Saya percaya ekonomi negara perlu ditingkatkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian, saya menyokong YAB PM atas apa-apa usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi negara," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.


Tambah beliau, sokongan beliau kepada Perdana Menteri adalah untuk menilai sama ada beliau adalah ikhlas dan akan mengotakan janjinya bahawa peruntukan akan disalurkan kepada sesiapa ahli parlimen yang menyokong dasar-dasar Kerajaan Perpaduan.


"Bagi mengelak sebarang keraguan, perlu dijelas dan ditegaskan bahawa saya tidak akan tinggalkan apatah lagi khianati Bersatu dalam apa jua keadaan atas prinsip taat dan setia kepada parti," tegasnya.


Beliau juga mengakui bahawa keputusan beliau berkemungkinan berdepan dengan risiko sebarang tindakan disiplin oleh parti, tetapi beliau tidak sanggup melihat pengundi-pengundi di kawasan beliau terus terbiar dan ketinggalan hanya semata-mata kerana perbalahan naratif politik.


"Saya dengan ini mengambil keputusan untuk menyokong inisiatif inisiatif Kerajaan dalam hal-hal yang mengutamakan kebajikan rakyat negara ini, sehingga Pilihanraya Umum (PRU) yang seterusnya," ujarnya.


תגובות


bottom of page