Ahli parlimen pembangkang desak Muyhiddin letak jawatanAhli parlimen pembangkang desak Muyhiddin letak jawatan
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Ahli parlimen pembangkang desak Muyhiddin letak jawatan



29 Julai 2021

Oleh Marryan Razan


KUALA LUMPUR: Ahli-ahli parlimen pembangkang mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin meletak jawatan berikutan susulan kenyataan dikeluarkan Istana Negara hari ini berhubung isu Proklamasi Darurat.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan jelas berbohong di Dewan Rakyat memandangkan kenyataan Istana Negara yang berdukacita berkaitan Darurat.



Sehubungan itu beliau menggesa Perdana Menteri meletak jawatan susulan kenyataan dikeluarkan Istana Negara berhubung isu Proklamasi Darurat.


“Saya gesa Perdana Menteri ambil tanggungjawab ini dan letak jawatan!


“Ini menunjukkan Kabinet yang diketuai Tan Sri Muhyiddin melanggar Perlembagaan menghina institusi raja Perlembagaan termasuk menteri di Jabatan Perdana Menteri mengelirukan Dewan.


“Oleh yang demikian, kita menuntut Perdana Menteri meletak jawatan,” katanya dalam perkongsian melalui Twitternya, hari ini.



Sementara itu Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, Perdana Menteri, Menteri Undang-Undang serta seluruh barisan kabinet harus meletak jawatan.


“Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin), Takiyuddin serta seluruh kabinet boleh letak jawatan sekarang,” katanya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi turut menggesa Perdana Menteri dan seluruh barisan kabinet segera meletak jawatan.



“Kerajaan sekarang memalukan Malaysia. PM (Perdana Menteri) dan seluruh kabinet perlu letak jawatan segera,” katanya melalui Twitter.


Ahli Parliemen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim juga mendesak Perdana Menteri meletak jawatan.


Dengan hastag kerajaan derhaka, Ahli Parlimen itu berkata Perdana Menteri dan seluruh barisan kabinet wajib dilucutkan serta merta. “Seluruh institusi negara dicemar teruk”.



Desakan agar Perdana Menteri letak jawatan berikutan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.


Menurut kenyataan itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin menzahirkan rasa amat duka cita atas tindakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal belum lagi diperkenan.


Istana Negara berkata Baginda juga kecewa bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat untuk dibentang dan dibahaskan di Parlimen tidak dilaksanakan.



Usul tersebut telah diperkenankan dan dititahkan kepada dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai lepas.


"Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen (Takiyuddin) pada 26 Julai adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.


"Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara," menurut kenyataan itu.

bottom of page