Ahli Parlimen Warisan, PSB dan Upko desak Mahiaddin dan anggota kabinet letak jawatan Ahli Parlimen Warisan, PSB dan Upko desak Mahiaddin dan anggota kabinet letak jawatan
top of page
  • Farid Johan

Ahli Parlimen Warisan, PSB dan Upko desak Mahiaddin dan anggota kabinet letak jawatan


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassan didesak untuk letak jawatan.

2 Ogos 2021

Oleh Farid Johan


KOTA KINABALU: Beberapa anggota Parlimen dari Parti Warisan Sabah, Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti MUDAdan UPKO mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dan seluruh anggota kabinet di bawah pimpinan beliau meletakkan jawatan secara terhormat serta-merta.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Semporna (Warisan) Datuk Mohd Shafie Apdal, Ahli Parlimen Muar (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Sri Aman (Parti Sarawak Bersatu) Dato’ Masir Anak Kujat, Ahli Parlimen Selangau (Parti Sarawak Bersatu), Baru Bian dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau.


“Keputusan dan tindakan Kerajaan Perikatan Nasional yang secara jelas ingkar dan tidak patuh kepada titah Baginda Tuanku, kami berpendirian bahawa Kerajaan Perikatan Nasional telah dengan sengaja menghalang dan mematikan kesuburan sistem demokrasi dan semak imbang yang perlu diangkat dan diterjemahkan melalui institusi Parlimen negara ini.


“Maka dengan itu, merujuk Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan, kami mendesak Perdana Menteri dan seluruh anggota kabinet di bawah pimpinan beliau meletakkan jawatan secara terhormat serta-merta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurut kenyataan itu, mereka menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui kenyataan Istana Negara pada 29 Julai 2021 lalu yang menyatakan pandangan terhadap kepentingan serta keperluan Institusi Parlimen Malaysia dimartabatkan dan Perlembagaan Persekutuan hendaklah sentiasa dipatuhi serta mengikut peraturan dan undang-undang negara.

”Asas dan tunjang kepada Perlembagaan Negara ini haruslah dipertahankan dan perlu diterjemahkan melalui tindakan secara profesional tanpa wujudnya faktor ‘Fear & Favour’ yang memungkinkan asas utama bagi suatu pentadbiran yang telus dan berintegriti tercalar.

“Melihat kepada perkembangan yang berlaku sejak hari pertama Mesyuarat Khas Sidang Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang bermula pada 26 Julai 2021 lalu, terbukti akan ketidaksungguhan dan kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional dalam mentadbir urus negara ini terutama dalam membendung wabak Covid-19.

“Kami juga mengambil serius berkenaan penzahiran rasa dukacita KDYMM Seri Paduka Baginda terhadap Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Tan Sri Idrus Harun yang gagal dalam menjalankan titah perintah dan perkenan Baginda Tuanku supaya cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat perlu dibentang, dibahas dan seterusnya diungkaikan di Parlimen,” kata kenyataan itu.

bottom of page