top of page

Ahmad Zahid Sedia Disiasat Berhubung Dakwaan Unsur Tipu SD

  • nabalunews
  • Sep 1, 2024
  • 1 min read

1 September 2024


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedia disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur tipu helah atau memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Bersumpah (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan pada November 2022.


Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pihaknya sendiri mempunyai bukti dan terbuka untuk siasatan lanjut dilakukan pihak berwajib sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pendaftar Pertubuhan (RoS) atau Jabatan Peguam Negara.


“Sepuluh daripada Ahli Parlimen (BN) yang tandatangan ikrar SD (kepada Perikatan Nasional), mereka (juga) menandatangani dokumen kuasa membentuk kerajaan yang diberikan kepada Pengerusi BN.


“Kerusi yang dimenangi itu bukan hak peribadi, tetapi hak parti atau BN, menerusi tiga perkara yang ditandatangani. Kita ada rakaman video setiap seorang yang menandatangani ketiga-tiga dokumen itu, selain mereka tidak berada dalam keadaan tekanan ketika itu,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (MyPPP) ke-71 di sini hari ini.


Terdahulu, media melaporkan Armada Bersatu pada 30 Ogos lepas membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid dengan mendakwa tindakan Presiden UMNO itu berunsur tipu helah atau memperdaya Yang di-Pertuan Agong ketika mengemukakan SD bagi membentuk Kerajaan Persekutuan pada November 2022.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page