Aktiviti berkumpul majlis Ibadah korban cetus Kluster Timbua RanauAktiviti berkumpul majlis Ibadah korban cetus Kluster Timbua Ranau
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Aktiviti berkumpul majlis Ibadah korban cetus Kluster Timbua Ranau




10 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Ranau hari ini dikenali sebagai Kluster Timbua dipercayai berpunca daripada aktiviti berkumpul oleh masyarakat untuk majlis ibadah korban di Masjid Timbua.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan penghidap kanser, lelaki, 52, yang dikesan positif COVID-19 (RTK-Ag) pada 23 Julai 2021 dalam saringan pra-kemasukan ke wad.


“Turut dikesan positif, penjaga kepada kes indeks di dalam wad melalui RTK-Ag.


“Saringan kontak rapat dijalankan pada 27 hingga 29 Julai 2021 mendapati pertambahan kes positif dalam kalangan kontak rapat dan diperluaskan hingga 10 Ogos 2021,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, daripada 239 kontak yang disaring, 48 dikesan positif termasuk satu kes baharu hari ini.


“Manakala 95 kontak didapati negatif dan 97 kontak lagi masih menunggu keputusan ujian saringan,” katanya.


Selain Kg Timbua, jumlah kes positif melibatkan beberapa lokaliti lain antaranya, di Kg Lembah Permai, Kg Kembiroi, Kg Merungin 2 dan Kuarters Ibu Pejabat Polis Ranau.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page