Aktiviti memancing tarikan baru pusat pelancongan Kadamaian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Aktiviti memancing tarikan baru pusat pelancongan Kadamaian


Ewon meninjau kawasan Daradaat view.

21 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick akan terus menyokong aktiviti-aktiviti baharu termasuk memancing yang diperkenalkan para pengusaha pelancongan di Kadamaian.


Beliau percaya aktiviti pancing dan lepas yang diperkenalkan beberapa pusat pelancongan di Kadamaian terutamanya di Daradaat View Kg.Ratau akan menjadi tarikan baharu para pelancong terutmanya “kaki-kaki pancing”.



“Aktiviti pancing dan lepas sudah menjadi satu tarikan pelancongan di kebanyakan pusat pelancongan tempat lain. Saya percaya sungai-sungai yang terdapat di kawasan DUN Kadamaian sesuai untuk aktiviti ini sebagai salah satu tarikan baharu pelancong di sini.


“Ini juga antara aspirasi yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Kadamaian, 2020-2035.



“Justeru, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pengusaha Daradaat View Kg Ratau kerana berjaya menganjurkan aktiviti ini hari ini,” katanya selepas lawatan ringkas di kawasan Daradaat View, di sini, sebelum meneruskan program di Pitas, hari ini.


Sementara itu Pegusaha dan pengurus Daradaat View Tunga-tunga, Roger Mait berkata, pertandingan memancing CnR (pancing dan lepas) yang julung kalinya diadakan di pusat pelancongan itu menadapat sambutan menggalakkan.



“Kawasan ini amat sesuai untuk aktiviti memancing sebab itu kami menganjurkan pertandingan ini,” katanya dan menambah pertandingan itu dianjurkan Bombon Casting Pelian Daradaat View bagi menambah tabung komuniti kampung.


Roger berkata, pusat pelancongan Daradaat View Tunga-tunga dibuka sejak 2018 tetapi ditutup selama dua tahun ekoran pandemik Covid-19.



Seorang lagi pengusaha di kawasan itu, Monica Mait berkata, sejak pusat pelancongan itu dibuka awal tahun ini, bilangan pengunjung mengunjungi pusat itu semakin bertambah.


“Walaupun Daradaat View masih baru berbanding tempat-tempat lain di Kadamaian namun, purata kehadiran pengunjung setiap hari terutamanya waktu cuti sekolah dan hujung minggu lebih 200 orang,” katanya.





bottom of page