Aktiviti pelancongan di Sabah kini boleh beroperasiAktiviti pelancongan di Sabah kini boleh beroperasi
top of page
  • nabalunews

Aktiviti pelancongan di Sabah kini boleh beroperasi



11 September 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Semua aktiviti pelancongan di Sabah bagi tujuan pelancongan domestik dari daerah yang sama atau secara gelembung perjalanan (travel bubble) kini dibenarkan untuk beroperasi semula.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, perkara tersebut merupakan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 bagi negeri Sabah.


"Bagaimanapun, ianya adalah tertakluk kepada syarat pelancong, pengusaha pelancongan dan pekerja telah lengkap divaksin dan bersatutus risiko rendah Covid-19 pada aplikasi MySejahtera," katanya dalam kenyataan media, kelmarin.


Tambah beliau, operasi hotel dan penginapan juga dibenarkan bagi daerah yang sama seperti yang dinyatakan sebelum ini, dengan syarat pelanggan dan pekerja hotel atau inap desa (homestay) telah lengkap divaksin.


"Kesemua aktiviti dibenarkan kecuali penggunaan kemudahan penginapan seperti gimnasium, sauna, jakusi dan bilik seminar adalah tidak dibenarkan," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page