top of page
Wartawan Nabalu News

Aktiviti pelancongan, perkhidmatan kecantikan dibuka mulai 1 Oktober



29 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju membuka semula beberapa aktiviti pelancongan serta perkhidmatan kecantikan dan kesihatan bermula 1 Oktober ini.


Bagaimanapun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata, semua premis dan pusat perniagaan tersebut dibenarkan beroperasi dengan syarat semua pengusaha atau operator dan pengunjung sudah lengkap divaksinasi dan berstatus risiko rendah,


“Pembukaan aktiviti pelancongan tersebut merangkumi zoo, perladangan, pusat edutainment, extreme and adventure, akuarium, dan taman rimba.


“Manakala perniagaan spa, salun kecantikan, refleksologi, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan serta perkhidmatan pedicure dan manicure juga boleh mula beroperasi,” katanya dalam kenyataan media, kelmarin.


Sebelum ini, Kerajaan Negeri sudah membenarkan aktiviti pelancongan beroperasi sejak 16 September lalu.

Comments


bottom of page