AKTIVITI REKREASI LAUT DIBENARKAN BERKUTKUASA 15 MACAKTIVITI REKREASI LAUT DIBENARKAN BERKUTKUASA 15 MAC
top of page
  • Wartawan Nabalu News

AKTIVITI REKREASI LAUT DIBENARKAN BERKUTKUASA 15 MAC


Gambar Hiasan

14 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Aktiviti rekreasi laut dan sungai seperti scuba diving, snorkelling dan memancing kini dibenarkan dengan 50 peratus kapasiti dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, berkuatkuasa 15 Mac ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, muatan penumpang bagi speedboat terbuka dan tertutup yang membawa individu untuk aktiviti rekreasi laut dan sungai adalah dibenarkan mengikut kapasiti tertakluk kepada penjarakan fizikal satu meter di antara penumpang.



Mengenai operasi bas ekspress di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) beliau berkata, ia berkuatkuasa hari ini.


"Bagi tujuan menjana peningkatan ekonomi kumpulan pengusaha yang terkesan akibat penularan Covid-19, Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan operasi bas ekspress di seluruh Sabah berkuatkuasa 14 Mac.


"Pengusaha dan penumpang bas ekspress dinasihatkan agar mematuhi SOP yang ditetapkan bagi melancarkan operasi sektor pengangkutan di negeri ini," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Berkenaan statistik vaksinasi di Sabah, Masidi berkata, setakat ini, seramai 2,975 orang telah menerima suntikan vaksin harian Dos 1 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 25,439 orang.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page