AKTIVITI RENTAS ZON DIBENARKAN ESOK, LARANGAN RENTAS DAERAH DILAKSANAKAN SEMULA MULA 27 MEI AKTIVITI RENTAS ZON DIBENARKAN ESOK, LARANGAN RENTAS DAERAH DILAKSANAKAN SEMULA MULA 27 MEI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

AKTIVITI RENTAS ZON DIBENARKAN ESOK, LARANGAN RENTAS DAERAH DILAKSANAKAN SEMULA MULA 27 MEI



16 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Sabah akan kembali melaksanakan sekatan rentas Zon mulai esok.


Zone 1 meliputi daerah Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar. Zone 2 (Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang). Zone 3 (Kudat, Kota Marudu dan Pitas).



Manakala Zone 4 pula meliputi daerah Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod. Zone 5 (Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan) Zone 6 (Keningau, Tambunan dan Tenom).


Bagaimanapun katanya, larangan aktiviti rentas daerah akan dilaksanakan semua mulai 27 Mei hingga 3 Jun 2021 (Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dikategorikan satu daerah).


“Dalam tempoh tersebut, PDRM akan melaksanakan Sekatan Jalanraya (SJR).


“Oleh itu para pengguna jalanraya yang diberi permit oleh PDRM atau dokumen sah kebenaran merentas daerah sahaja akan dibenarkan meneruskan perjalanan ke daerah yang hendak dituju,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.



Sehubungan itu Masidi menasihatkan rakyat di negeri ini supaya tidak mengambil risiko mencuba nasib merentas daerah kerana PDRM akan mengambil tindakan untuk mengarahkan berpatah balik.


“Tujuan larangan aktiviti rentas daerah adalah untuk mengawal pergerakan individu dan mengurangkan kontak fizikal bagi membendung penularan Covid-19 di Sabah,” katanya.

bottom of page