AKTIVITI ZIARAH HARI RAYA DIBENARKAN DI KALANGAN AHLI KELUARGA TERDEKAT DALAM DAERAH SAMA - MASIDIAKTIVITI ZIARAH HARI RAYA DIBENARKAN DI KALANGAN AHLI KELUARGA TERDEKAT DALAM DAERAH SAMA - MASIDI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

AKTIVITI ZIARAH HARI RAYA DIBENARKAN DI KALANGAN AHLI KELUARGA TERDEKAT DALAM DAERAH SAMA - MASIDI


Gambar Hiasan

11 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Aktiviti ziarah di kalangan ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam lingkungan daerah yang sama dibenarkan pada Hari Raya pertama hingga ketiga.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, hanya 10 orang sahaja yang dibenarkan semasa berada di rumah.



Prosedur operasi standard (SOP) terbaru untuk Hari Raya di Sabah yang diumukan hari ini akan berkuat kuasa pada hari Rabu ini hingga 7 Jun.


Menurut Masidi, lawatan tertakluk kepada saiz kapasiti rumah dan hanya dibenarkan dari jam 9 pagi hingga 9 malam, dengan maksimum dua jam untuk setiap 10 orang.


"Tuan rumah diwajibkan menyediakan Kod QR MySejahtera dan mematuhi protokol kesihatan awam seperti yang ditetapkan sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Dalam pada itu, Masidi berkata kegiatan pelancongan hanya dibenarkan di daerah dalam tempoh 12-16 Mei, dan akan dikembalikan di peringkat zon dari 17 Mei hingga 7 Jun.


"Kegiatan sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan atau pertunangan, upacara keagamaan, serta makan malam dan sambutan hari jadi masih tidak dibenarkan dari 12 Mei hingga 7 Jun.


"Seminar, persidangan dan mesyuarat secara berkemuka juga tidak dibenarkan," tambahnya.



bottom of page