top of page

Amaran Ribut Petir Di Pedalaman dan Pantai Barat Sabah

  • nabalunews
  • May 1
  • 1 min read


1 Mei 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa daerah di kawasan pedalaman dan Pantai Barat negeri ini.


Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar dan Ranau


Antara daerah yang terlibat di Sabah ialah kawasan pedalaman iaitu daerah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.


Selain itu, turut diletakkan amaran berjaga-jaga adalah daerah Pantai Barat iaitu daerah Papar dan Ranau serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga jam 1 pagi, esok.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.


“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page